Sabtu, 24 September 2016




VIDEO SEDIKIT SEBANYAK MENGENAI PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA



PENGENALAN AHLI KUMPULAN 2


NAMA: NUR AIN FARHANA BINTI TAJUDDIN
NO. PENDAFTARAN: 16DEP16F1020




NAMA: NURUL FATIN BINTI MOHD NOOR
NO. PENDAFTARAN:16DEP16F1013


NAMA: SUNITTHA A/P DOM
NO. PENDAFTARAN: 16DEP16F1015




NAMA: NUR HASNIDA ERINA BINTI SAIFUL AZHAR
NO. PENDAFTARAN: 16DEP16F1014





KESIMPULAN



Peruntukan utama yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan ternyata dapat merealisasikan cita-cita untuk mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.

     Selain itu, kewujudan perlembagaansebagai asas undang-undang mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan di negara ini.Walaupun perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci,namun perlembagaan tersebut telah berjaya melicinkan pentadbiran negara dan mewujudkan keamanan serta kestabilan negara.Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di malaysia.Hal ini kerana,sejarah pembentukan perlembagaan adalah atas dasar persetujuan semua kaum.Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.Setiap warganegara Malaysia perlu sedar bahawa walaupun terdapat peruntukan kebebasan asasi setiap warganegara adalah bebas melakukan apa-apa sahaja.Walau bagaimanapun,kebebasan ini ada hadnya.Kebebasan yang boleh menjejaskan keamanan negara perlu dielakkan kerana ia boleh memusnahkan negara.
PENGAJARAN PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN


  1. Di akhir pengajaran pelajar dapat menyatakan 5 peruntukan utama perlembagaan dalam masa singkat.

  1. Di akhir pengajaran pelajar dapat membincangkan 5 daripada 9 hak-hak asasi dalam perlembagaan.

KONTRAK SOSIAL




 



Istilah "kontrak sosial" tidak terkandung dalam Perlembagaan. Kontrak sosial merujuk bentuk permuafakatan yang ulung antara rakyat dan pemimpin bagi tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India yang masing-masing mewakili parti UMNO, MCA,dan MIC yang dimeterai menerusi Perlembagaan Persekutuan. Melalui permuafakatan sosial ini, penggantian beri-memberi atau quid pro quo berlaku antara orang melayu dan bukan melayu. 

       Orang melayu bersetuju memberikan hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli kepada orang-orang bukan melayu. sebagai balasan orang bukan melayu bersetuju agar kedudukan istimewa orang melayu, kedudukan agama islam, bahasa melayu dan kedudukan raja melayu dikekalkan dalam perlembagaan.

      Permuafakatan dan tolak ansur antara orang melayu dan bukan melayu ini juga merupakan nilai-nilai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Tanah Melayu mungkin tidak berjaya mencapai kemerdekaan tanpa kontrak sosial kerana pihak British menjadikan permuafakatan sebagai prasyarat kemerdekaan. 



      Kontrak sosial merupakan asas yang menjadikan Malaysia sebuah negara merdeka dibawah sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan dengan konsep negeri dan peersekutuan selain  menjadi anak kunci kepada perpaduan antara kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Rabu, 3 Ogos 2016

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA 
BAHASA MELAYU
KEDUDUKAN KEISTIMEWAAN RAJA-RAJA
AGAMA ISLAM
KEWARGANEGARAAN
HAK KEBEBASAN ASASI





BAHASA MELAYU








  • žBahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan(lingua franca).
  • Bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang digunakan oleh pedagang-pedagang yang datang dari serata dunia
  • Penggunaan bahasa melayu mulai merosot mulai zaman penjajahan British memandangkan bahasa Inggeris sering diutamakan.
  • Terdapat beberapa pegawai British yang berminat dengan keunikan bahasa Melayu
  • Contohnya:-
      • Stamford Raffles
      • R.J Wilkinson
  • Bahasa Melayu dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi.
  • Segala undang-undang yang hendak dilakukan pindaan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan boleh menggunakan bahasa Inggeris.
  • Selepas 10 tahun,Parlimen telah menggugurkan peruntukan sementara melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1967. 






KEDUDUKAN ISTIMEWA RAJA-RAJA MELAYU

  • Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan dengan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896.
  • Mesyuarat pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai DURBAR telah diadakan pada 13-17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar,Perak
  • Antara Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah(Perak), DYMM Sultan Abdul Samad(Selangor), DYMM Tuanku Muhammad(Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan) dan DYMM Sultan Ahmad(Pahang).
  • Pihak Inggeris diwakili oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles Mitchell dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan lain-lain.
  • Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948 keahlian bertambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
  • Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan , Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli. Sabah dan Sarawak juga menjadi ahli apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963.
  • Majlis Raja-Raja sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut  Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  • Perlembagaan  memperuntukkan kerajaan supaya mendapatkan nasihat daripada Majlis Raja-Raja.
  • Majlis ini dianggotai oleh semua oleh sembilan orang raja Melayu dan empat orang yang dipertua Negeri di Malaysia.


















FUNGSI UTAMA RAJA-RAJA MELAYU


  • Memilih Yang Dipertuan Agong dan Timbalan Yang Dipertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan dalam Jadual Ketiga.
  • Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.
  • Merpersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut perlembagaan ini , memerlukan persetujuan majli raja-raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan majlis raja-raja.
  • Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas dibawah Fasal (1) Perkara 182.
  • Memberi ampun, reprief dan respit atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, dibawah Fasal (12) Perkara 42, dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara dan apa-apa perkara lain yang difikirkan patut. 




KUASA BUDI BICARA
  • Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan di-Pertuan Agong daripada jawatannya.
  • Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan.
  • Memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kebesaran raja-raja.
  • Bersetuju atau tidak bersetuju supaya apa-apa pebuatan, amalan atau upacara agama diperluaskan diseluruh Persekutuan.
  • Melantik Anggota Mahkamah Khas dibawah Fasal(10) Perkara 182.
  • Memberi ampun, reprief, dan respit atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman, di bawah Fasal(12) Perkara.




Keahlian dan mesyuarat
  • Jika seorang ahli tidak dapat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik mengikut peruntukan Undang-undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri itu.
  • Yang Dipertua Negeri tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan keistimewaan raja-raja.
  • Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukannlah Ahli Majlis Raja-Raja.
  • Pengerusi bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah dipegang oleh kesemua kesembilan orang raja Melayu secara bergilir-gilir.
  • Mesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun, tetapi Penyimpan Mohor Besar raja-raja hendaklah memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Yang-diPertuan Agong




islam sebagai agama persekutuan dan kedudukan agama-agama lain

  • ž Agama islam telah bertapak di Tanah Melayu sejak awal abad ke-13 lagi dengan bukti penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1292 Masihi
  • ž Perkara 3(1) perlembagaan persekutuan Malaysia memperuntukkan agama islam sebagai agama bagi Persekutuan.
  • ž Raja atau sultan bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negerinya.
  • žYDPA juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam hanya di negerinya sahaja , Melaka,Pulau Pinang dan wilayah persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak.
  • ž Majlis raja –raja di setiap negeri akan bertindak secara bersama atau persetujuan ramai dalam menentu hal-hal mengenai Agama Islam di Persekutuan.
  • ž Pada 17 oktober 1968 ,bagi menyelaraskan pentadbiran hal ehwal agama Islam pada peringkat persekutuan ,sebuah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja .
  • ž Antara bidang tugas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam adalah bagi menasihati apa –apa perkara yang diajukan oleh Majlis Raja –raja ,kerajaan negeri dan Majlis Agama Negeri.




Perkara-perkara dibawah kuasa perundangan negeri mengenai agama islam


     1 Hukum syarak dan undang-undang diri dan  keluarga
     2 Adat istiadat Melayu
     3 Wakaf
     4 Fitrah
     5 Zakat
     6 Baitulmal
     7 Masjid
     8 Mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap rukun Islam
     9 Mahkamah Syariah
    10 Mengawal iktikad dan kepercayaan dalam kalangan orang Islam










kewarganegaraan
  • ž Konsep kewarganegaaraan dikatakan telah wujud di negara Barat seperti Perancis dan Amerika Syarikat sejak abad ke-18.
  • ž Kewarganegaaraan biasanya diertikan sebagai ketaatan yang diberikan kepada sesuatu wilayah, bandar, negeri atau negara dan sanggup menerima segala tugas dan tanggungjawab.
  • ž Dalam konteks Malaysia, peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  • ž Perkara 23 hingga Perkara 28 Perlembagaan Persekutuan pula menyenaraikan ciri-ciri yang berkaitan dengan kehilangan kewarganegaraan.




Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang
  • Terdapat dua golongan yang memperoleh kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang, iaitu: 
(a) Individu yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan akan menjadi warganegara secara automatik.

Situasi
Syarat Kelayakan
   Warganegara Persekutuan 1957
    Memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran atau naturalisasi.
   Lahir antara 31 Ogos 1957- Oktober 1962
   Ibubapa warganegara atau pemastautin tetap.
   Lahir diluar Persekutuan pada atau selepas kemerdekaan
   Bapa warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan. Kelahirannya didaftar dengan Pejabat Konsul Persekutuan.
















(b) Individu yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan menjadi warganegara atas peruntukan kelayakan yang ditetapkan dalam Bahagian 1

Situasi
Syarat Kelayakan
     Lahir di Malaysia
     Ibu atau ayahnya seorang warganegara atau pemastautin tetap.
     Lahir di luar Malaysia
     Bapanya seorang warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan. Dalam tempoh setahun selepas kelahirannya, kelahirannya perlu didaftar di Pejabat Konsul Persekutuan.













Kewarganegaraan secara pendaftaran

Situasi
    Syarat Kelakyakan
       Isteri dan anak kewarganegaraan

  •   Masih berkahwin dengan warganegara bermula pada bulan Oktober 1962
  •   Bermastautin di Persekutuan selama 2 tahun sebelum permohonan dan berniat untuk terus bermastautin di Persekutuan.
  •   Berkelakuan baik
       Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun

  • Didaftarkan oleh ibu bapa atau penjaga jika salah satu pihak tersebut merupakan warganegara.
       Seseorang yang berumur 18 tahun  atau lebih dan lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka

  • Membuktikan permastautinan di Persekutuan selama 5 daripada 7 tahun sebelum permohonan
  •   Berniat menjadi permastautin tetap Persekutuan
  •   Memilikan kemahiran bahasa Melayu
  •   Berkelakuan baik
       Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak pada hari Malaysia

  •   Bermastautin di Persekutuan Malaysia sebelum hari Malaysia
  •  Selepas hari Malaysia, beremastautin di Persekutuan selama 7 daripada 10 tahun sebelum permohonan.











































Kewarganegaraan secara kemasukan naturalisasi

Situasi
Syarat Kelayakan
     Individu atau warga asing yang berumur lebih daripada 21 tahun  dan berminat untuk menjadi warganegara Malaysia

  •     Menetap di Persekutuan Malaysia selama 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan
  •     Berniat menjadi permastautin tetap di Malaysia
  •     Mempunyai tingkah laku yang baik
  •     Berpengetahuan dalam bahasa Melayu


















Kehilangan 
kewarganegaraan

ž Seseorang boleh kehilangan hak warga negara berdasarkan 2 sebab:
a.     Apabila individu itu menolak kewarganegaraannya
b.     Apabila terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya individu tersebut melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak perlembagaan.
                                  i.            Tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan dengan menjadi warganegara asing
                                ii.            Tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapannya
                             iii.            Telah bermastautin di negara asing selama lebih daripada 5 tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan



Prosedur perlucutan kewarganegaraan

Pemberitahuan secara bertulis berserta alasankepada individuyang dikenakan perintah perlucutan
Individu berkenaan merujuk kesnya kepada sebuah jawatankuasa siasata
Penentuan perlucutan kewarganegaraan oleh Kerajaan menerusi laporan daripada Jawatankuasa siasatan



Hak istimewa orang melayu, 

bumiputera dan kaum-kaum lain

ž Orang melayu merupakan penduduk asal negara ini dan rentetannya dari sinilah nama Tanah Melayu terbentuk.
ž Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai :
a)     Seseorang yang beragama Islam
b)    Bertutur dalam bahasa Melayu
c)     Mengamalkan adat istiadat Melayu
d)    Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau Singapura

ž Perkara yang termasuk dalam soal hak keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera adalah :
a)     Perkhidmatan awam
b)    Ekonomi
c)     Pendidikan



PERKHIDMATAN AWAM


  •  Semasa penjajahan British, kebanyakkan jawatan-jawatan rendah dalam pentadbiran dipegang oleh kaum lain,terutama orang india dan Sri Lanka yang boleh bertutur bahasa Inggeris manakala bagi jawatan tinggi pula dipegang oleh pegawai British.
  • Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tanggungjawab kepada YDPA atas nasihat jemaah Menteri untuk perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.




Ekonomi

  • ž Semenjak penjajahan British sehinggalah kemerdekaan ,orang Melayu masih kurang menceburkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan.
  • ž Usaha kerajaan adalah untuk menghapuskan pengenalan bangsa mengikut pekerjaan ,terutama dalam bidang perniagaan yang kebanyakkan didominasi oleh bahasa asing .
  • ž Pada tahun 1970 an (1971-1990) kerajaan  telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
  • ž YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan permit atau lesen bagi menentukan kadar perizaban kepada orang Melayu.




Pendidikan
  • ž Pada zaman penjajahan British ,orang melayu tidak ramai yang berpendidikan sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah .
  • ž Orang melayu ketinggalan sama ada dalam pendidikan Melayu atau pendidikan Inggeris .Kebanyakkan mereka adalah buta huruf.
  • ž Orang melayu tidak boleh ketinggalan dalam bidang pendidikan
  • ž Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan YDPA bertanggungjawab melindungi kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perizaban kepada mereka. 





Hak asasi individu di sisi perlembagaan

  • Hak asasi ialah perkara asas yang perlu dinikmati oleh rakyat
  • Hak asasi dalam Perlembagaan Persekutuan
Perkara 5 - Kebebasan diri
Perkara 6 - Keabdian dan kerja paksa dilarang
Perkara 7 - Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuatkuasa kebelakang dan perbicaraan berulang
Perkara 8 - Kesamarataan
Perkara 9 - Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
Perkara 10 - Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan
Perkara 11 - Kebebasan beragama
Perkara 12 - Hak terhadap pendidikan
Perkara 13 - Hak terhadap harta






Prinsip-prinsip malaysia berhubung hak asasi


  
      1
     Komitmen penuh mengikut prinsip-prinsip asas International Bill on Human Rights dan lain-lain agensi hak asasi manusia. Namun, pelaksanaannya perlu diambil kira nilai-nilai tempatan.
      2
     Berpegang kepada bahawa kesemua hak asasi manusia adalah bersifat sejagat, tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung serta saling berkait antara satu sama lain.
      3
     Memegang teguh kepada prinsip-prinsip yang objektif, tidak berpihak-pihak dan tidak memilih-milih.
      4
     Menolak sebarang priinsip mempolitikkan dan memilih kasih akan hak asasi manusia.
      5
     Menolak penggunaan hak asasi manusia sebagai syarat-syarat utuk sebarang bantuan kewangan dan pembangunan atau sebagai langkah-langkah yang digunakan unyuk mengembangkan perdagangan.
      6
     Menghormati dan mematuhi sepenuhnya kedaulatan negara dan keutuhan wilayah serta tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri sesebuah negara.
      7
     Menyokong hak-hak untuk pembangunan  sebagai hak sejagat dan merupakan sesuatu yang perlu untuk melengkapkan asas-asas hak manusia.
      8
     Malaysia telah bergiat aktif dalam Suruhanjaya Hak Asasi ManusiaPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR) sejak awal tahun 1990-an. Pada than 1993 hingga 1995, Malaysia telah dilantik sebagai ahli suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Bertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.