Sabtu, 24 September 2016


KONTRAK SOSIAL




 



Istilah "kontrak sosial" tidak terkandung dalam Perlembagaan. Kontrak sosial merujuk bentuk permuafakatan yang ulung antara rakyat dan pemimpin bagi tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India yang masing-masing mewakili parti UMNO, MCA,dan MIC yang dimeterai menerusi Perlembagaan Persekutuan. Melalui permuafakatan sosial ini, penggantian beri-memberi atau quid pro quo berlaku antara orang melayu dan bukan melayu. 

       Orang melayu bersetuju memberikan hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli kepada orang-orang bukan melayu. sebagai balasan orang bukan melayu bersetuju agar kedudukan istimewa orang melayu, kedudukan agama islam, bahasa melayu dan kedudukan raja melayu dikekalkan dalam perlembagaan.

      Permuafakatan dan tolak ansur antara orang melayu dan bukan melayu ini juga merupakan nilai-nilai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Tanah Melayu mungkin tidak berjaya mencapai kemerdekaan tanpa kontrak sosial kerana pihak British menjadikan permuafakatan sebagai prasyarat kemerdekaan. 



      Kontrak sosial merupakan asas yang menjadikan Malaysia sebuah negara merdeka dibawah sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan dengan konsep negeri dan peersekutuan selain  menjadi anak kunci kepada perpaduan antara kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan